Sunday, 19 May 2013

SIMPULAN BAHASA - B

Sambungan...

11. banyak mulut
Maksud : orang yang suka bercakap
Ayat : Sikap Mona yang banyak mulut itu tidak disenangi oleh rakan sekelasnya.

12. batu api
Maksud : penghasut
Ayat : Mereka sudah berbaik-baik. Janganlah kamu menjadi batu api pula.

13. batu loncatan
Maksud : sesuatu yang digunakan untuk mencapai sesuatu tujuan
Ayat : Diterimanya tawaran kerja sementara itu sebagai batu loncatan untuk memperoleh pekerjaan yang lebih baik kelak.

14. bekas tangan
Maksud : hasil kerja tangan seseorang
Ayat : Pasu bunga ini adalah bekas tangan Clementina.

15. bergadai nyawa
Maksud : sanggup membahayakan diri sendiri demi mencapai sesuatu
Ayat : Ahli bomba itu sanggup bergadai nyawa untuk menyelamatkan mangsa ​kebakaran.

16. buah mulut
Maksud : perkara yang menjadi sebut-sebutan
Ayat : Berita tentang Murad membawa gadis Inggeris pulang telah membawa buah ​mulut seluruh kampung.

17. buah tangan
Maksud : pemberian
Ayat : Setiap kali ke luar negeri, ayah pasti membawa buah tangan untuk kami.

18. bulat kata
Maksud : sepakat, sehati
Ayat : Penduduk kampung ini sudah bulat kata untuk bergotong royong membersihkan kawasan kampung pada minggu depan.

No comments:

Post a Comment